Rabu, 26 Julai 2017

FZ150i : GIVI Box & Monorack System

Today baru nak pasang box n rack, xlama lagi nk masuk keje da..biasa laa..moto cari makan.. sedikit info untuk sesiapa y newbie macam aku ni y br nk pasang box kt moto.. box ni byk jenis n byk jenama, sama mcm rack byk jenis n jenama nye. ikot poket n selera masing2. kt sentul byk choice, tp memandangkan ak jauh nak ke sana ak survey2 kedai2 area sg chua kajang aje la.. mostly kedai jual semua produk givi, xjmpe produk2 lain. n diorg jual box + heavy duty rack..kos dlm lebih kurg RM280-RM300. 3 buah kedai ak masuk semua jual jenis mcm tu dgn price range gitu. so smpai 1 kedai ni ak ckp nk rack biasa ad x? skali dgn box.. alhamdulillah ada. rack n box brand GIVI. bukan heavy duty punya rack tapi monorack. total siap pasang RM180. ok lah, ak pun dah penat, nk ke sentul malas ak suh pasang jela..

kedai apek oldskool giler.. keja slow n steady je tapi kemas (pasang box je pun hehe)
kena banyak bersabar.. org tua.. hehe
 ak menggunakan MR5 Monorack dan base plate MP60N.. (1 set)

ni box aku.. GIVI E250N2 - S : 25 LTRS MONOLOCK.. ok la..muat helmet fullface

- the end -

Selasa, 25 Julai 2017

ProtonPersona : Basic Service

Lepas hantar motor pergi overhaul today, ak bawak keta plak pergi servis. Macam biasa, survey di internet dlu (Facebook Community Bandar Baru Bangi) kt mana bengkel servis kereta terbaik di bangi ni kan..ramai y suggest SUID Auto & Aircond Services di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.

SUID AUTO & AIRCOND SERVICES terletak di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.
Macam biasa aku akan ke kedai jual barang2 sparepart kereta dlu, beli keperluan yang nak ditukar. Antaranya ialah minyak hitam semi synthetic, oil filter, plug and air filter

Total 4 barang ni cuma RM173 (termasuk GST)
Oil Filter RM10, Minyak Hitam Castrol Magnetic 10W-40 Semi Synthetic RM110, Plug RM22, Air filter RM20.. so adala kira2 adjustment round dia + GST total semua RM173. Kedai sparepart di Seksyen 9 Bangi sebaris area kedai makan FIZO MAWAR.



ni air filter lama.. bapak hitammmm

so masa kt kedai tu ak mtk foreman tgk2kan jugak aircond sbb kadang2 sejuk kadang2 xsejuk jdnye. dia cek2 semua ok, cuma gas terlebih. gas asal keta pd tekanan 350 bacaannya. foreman kata klo normal 200++. so dia buang sikit. katanya gas xleh lebih sgt, xleh kurang sgt. nnt mcm2 masalah jadi. last2 upah servis sahaja RM25..

- the end -

FZ150i : Top Overhaul

FZ aku arini dah cukup 53k perjalanan..so br2 ni masa buat FID, brader tu ckp enjin pernah overheat, n katanya antara punca2 seperti berikut :

1. Coolant
2. Minyak hitam kurang
3. Petrol kurang masa tgh ride pun boleh menyebabkan enjin overheat
4. Moto tak pernah overhaul (mungkin kotoran2 di bahagian enjin da menebal ke ape Allahualam)

so dlm list 1-3 tu xmungkin la, sbb ak mmg jaga elok moto aku, maybe punca overhaul, mmg xpernah sentuh bahagian enjin pun since 2012, dah 5 tahun usianya, just guna Fuel Injection Cleaner je. Arini anto ke bengkel untuk top overhaul.. 

Foreman Aden Motor ada dua org, 1 melayu 1 india.. 

sebelum tu ak da survey 3 bengkel di bangi untuk overhaul ni. 1st bengkel baru terletak di belakang bangi gateaway, kos katanya RM250 siap pasang xtermasuk ganti apa2 kerosakan, ok la, janji awal pagi, kul 10 whatsapp aku da ade di kedai, ak jwb ok, ak otw, kul 10.30 am ak smpai bengkel foreman dia plak xde. suh ak tggu smpai jam 12.30 tghari. mmg tidak laaa... haha. 

ak ke SQ Motor Jalan Reko, sje buat2 tnye overhaul, ak da tau pangai anat bos di service centre tu, mcm biasa layan xlayan.. ak mtk quotation pn nk xnk je bg, ye la ikot bajet la kan, klo cun ak overhaul situ je klo xcun ak cr tpt lain.. dia kira2 cincai2 nk dekat 300.. tu xtermasuk kerosakan. so ak chow la.. mahal sgt. mmg tau da situ mahal pun, sj buat2 tnye..

Overhaul basically charge dlm RM250 (siap pasang) xtermasuk kalau ada apa2 kerosakan dan perlu ditukar. lastly, aku decide pegi ke bengkel Aden Motor berhampiran persimpangan sungai tangkas (KTM Komuter UKM), sebelah restoran ayam penyet. Ini je antara y terdekat dgn kawasan aku. nk ke Sentul jauh plak..kang nak kena tggl moto ak nk blk dgn ape. hoho..



enjin da kena barai

Foreman da call ak, ak dtg kedai, katanya semua barang cun, kecuali piston da teruk terbakar, ad la dia tunjuk kt aku tadi, xsempat plak ak nk amek gambar, n dia kata blok ak da hakis sebanyak 0.05 ukur lilit nye..eh eh eh.. ak tnye abg ukur pakai ap? haha memandai je.. dia agak2 je. dia cdg ak tuko blok skali. haha tuko blok da RM360. xnak la aku.. blok aku elok je ak tgk xde ape.. ak suh dia ganti piston je. RM95 beb...ak xtau brape harga. xpe ni 1st time ak anto top overhaul. lepas ni bole blaja sket2. so ak suh dia kira quotation semua skali brapa xtermasuk plug n coolant (2 brg ni elok lagi n ak br pakai 1 bulan, coolant ak pn byk lg dlm botol tu)..dia kira punya kira punya kira total RM313.. minus piston baru RM95 servis overhaul dia dalam RM218.. kira murah la kan? ak on x on.. on jugak la enjin da barai tu hahaha..nnt ak edit blk posting ni on brgan y dia da tukar tu


keadaan piston aku.. agak teruk la ni..so foreman suggest tukar baru..


Lepas dah setel overhaul, moto pon da kotor, kita kasi mandi laa..



- the end -





Khamis, 20 Julai 2017

ProtonPersona : OBD2 a.k.a toyol

Apa itu OBD2? ad org panggil toyol..haha ak pn xtau nape. toyol klo tgk film2 keje dia curi duit. ni toyol kete curi ape? haha.. so basically this is OBD2 (Penulisan #copypaste org punye..ak mls nak taip panjang2)

Beli kt lazada je? risau tiruan?hehe try dlu.. 

"Nitro obd2 satu alat sebesar kotak mancis. Mengandungi chip2 smd spt gambar rajah di bawah. 

1. Menambahkan performance kereta anda sehingga 35%
2. Menambahkan pick up kereta anda sehingga 25%
3. Mengurangkan pengunaan petrol atau diesel sehingga 35%
4. Menambahkan hayat bateri kereta anda
5. Membaikpulih system enjin kereta anda
6. Membaikpulih system audio kereta anda
7. Membaikpulih system elektrikal kereta anda
8. Membaikpulih system.

aku pasang OBD2 ni kt proton persona


Menurut pakar alat ini bole reseting fuel trim and transmission adaptation. Yg mana bila anda pasang alat ni die akan reset kereta anda seperti mula2 beli dahulu. Kenapa perlu reset baru power dan jimat? Begini cite nye. Kita pakai lalu jalan jem kena brake jalan slow2 pastu brake lagi kan. So dlm ecu rekod bacaan tu. Jadi system akan follow la. Kl pakai device ni ia reset la bacaan tu kepada original kilang balik..."

So far lepas pakai OBD2 ni, ak try drive dgn minyak RM50 (RM1.97/Liter) dr Bangi - Merlimau (Speed 140KM/J)  lepas tu jalan2 d bandar raya melaka jap n ptg tu balik semula dari Melaka - Bangi (Speed 140KM/J)..sampai rumah minyak tggl sket lebih kurg bole jln lg 70KM.. agak jimat hmm

Fuel menunjukkan kereta boleh bergerak sejauh 70 km lagi


- the end -

Rabu, 19 Julai 2017

FZ150i : Enjin Motor Mati Secara Tiba-Tiba


Sejak kebelakangan ni da 4-5 kali moto aku mati sec tiba2.. samaada tgh ride atau throtle down (speed tgh turun n slow). Bateri baru je tukar. so ak pun buat la research sket on this matter. hasil dari kajian di google (kahkahkah..itu je la sumber yang ada) mendapati masalah ini berpunca samaada dari 3 perkara berikut :

1. Fius
2. Rectifier
3. Coil Magnet

So benda pertama sekali yang dicadangkan untuk tukar ialah Fius.

DIY je..fius terletak di bawah cover seat

Yamaha FZ150i menggunakan fius 20amp.. standard.
ad y pakai 25 amp, ad jugak yang pakai 15amp.
apa jadi? jgn tanye ak..ak pakai standard je, 20 amp hehehe

kat mana nak cari fius? kedai moto ada, kedai kete pun ada... harganya cuma RM2..alhamdulillah, lepas tukar tu kejadian enjin off sec tiba2 da xberlaku.. 

- the end -

Selasa, 18 Julai 2017

FZ150i : APIDO Racing Standard Racing Exhaust (A-Class)

Sedikit review noob dari aku. hehe..ak tgk org pakai ekzos after market, ak pun nak pakai..mcm cool je kan..bunyi pompompom..tgk kt utube pehh sedap bunyi.. tgk atas jalan..ad y ok ad y xok.. so klo nk puas hati sendiri la kena merasainye ye x? hoho..so, teringin punya pasal dok survey2 ekzos aftermarket ni ad la beberapa jenis ekzos y ak mcm berkenan n xla mahal sgt (below RM300) mcm nob1, apido etc..mula2 mmg target nak angkut nob1, tp stok kt kedai plak xde, tggl apido je..teringin punya pasal rembat jela.. cr y 2nd nob1 ms tu xde org y nak jual, tp lepas ak da jual apido tu muncul pulak 2-3 iklan org nak letgo nob1.. haha xpe xde rezeki aku.

so, this is APIDO RACING STANDARD RACING EXHAUST (A-CLASS) FOR YAMAHA FZ150i










oh ekzos ni ak beli kt kedai Jamal FZ di Sentul. P&P (Plug and Play) je..beli bawak blk pasang sendiri. harga ekzos sahaja RM220, Cover Ekzos RM35. so total RM255..


at first, feeling dia wow(feeling masa tongkat moto)... memang padu bunyi bass dia..klo tarik throtle memang syok bunyi perang dia..mula2 mmg syok la klo stakat jarak dekat2..tp mslh nye moto ak ni moto cr makan. moto ulang alik keje haha.. bila guna atas highway, rasa sket la moto pickup power (ekzos dara kan..), tapi memang bingit telinga. padahal helmet fullface ni.. pastu tgn cpt kebas sbb bunyi kuat dari ekzos tu menyebabkan moto sedikit vibrate. ko bygkan lah moto standard je average santai 110km/j dan kalau laju bole pgi pn 120km/j-130km/j (meter moto aku la) tp ekzos bunyi kuat.. ni from my experience la.. tpulang kt korang..tepuk dada tnye selera..hoho lps sebulan ak pakai, ak cabut n simpan, niat xnk jual, tp ak smpn pn buat ap.. so ak iklankan n jual. selamat dah ekzos tu dgn tuan barunya..



Yamaha FZ150i with Apido Racing Standard Racing Exhaust (A-Class)


tukar la balik pakai ekzos standard..#standardituindah


#standardituindah

- the end -

FZ150i : Box or No Box?

2 minggu lagi nak masuk keje dah.. hmm


#noBox


#Box